Jalan Teluk Ganchong-Lepar ditutup akibat mendapan tanah

Iklan
Jalan Teluk Ganchong-Lepar berhampiran Pondok Polis Bukit Kenau ditutup mulai hari ini susulan berlaku mendapan dan runtuhan tanah di bahu jalan.

PEKAN - Jalan Teluk Ganchong-Lepar berhampiran Pondok Polis Bukit Kenau di sini ditutup mulai hari ini susulan berlaku mendapan dan runtuhan tanah di bahu jalan.

Penutupan itu dimaklumkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang menerusi satu kenyataan dimuatnaik naik di laman sosial pada Ahad.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, hanya satu lorong dibuka untuk kenderaan ringan manakala kenderaan berat tidak dibenarkan melalui laluan terbabit buat sementara waktu.

"Penutupan sementara bermula hari ini sehingga tarikh pembukaan penuh diumumkan kelak.

Iklan

"Pengguna kenderaan berat dinasihatkan menggunakan jalan alternatif melalui FT12 Jalan Kuantan-Segamat dan FT82 Jalan Batu Balik-Pekan (Persimpangan Paloh Hinai)," katanya.

JKR Pahang turut memaklumkan, papan tanda amaran dan arah laluan alternatif dipasang bagi memudahkan aliran trafik.

Iklan

Katanya, semua pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi papan tanda.

"JKR Pahang memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama orang ramai.

"Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pejabat JKR Daerah Pekan di talian 09-4222040," katanya.