FAMA Pahang bantu pasarkan 10 tan durian kampung

Iklan
Durian kampung dari Kampung Damak dikumpulkan melalui pusat pengumpulan sebelum dipasarkan dengan bantuan FAMA Pahang. Foto: FB FAMA Pahang

KUANTAN- Sebanyak 10 tan durian kampung dari Kampung Damak, Jerantut berjaya dipasarkan melalui pusat pengumpulan buah durian kawasan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang.

FAMA Pahang memaklumkan, inisiatif itu dilaksanakan bagi membantu memasarkan durian kampung pekebun durian di Kampung Damak yang berdepan masalah lambakan musim ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Iangkah itu diambil supaya lambakan durian kampung dari kebun penduduk dapat dipasarkan secara lebih teratur, sistematik dan tidak terbuang begitu sahaja.

"Usaha ini bukan sahaja membantu pekebun memperoleh harga yang lebih stabil, malah mengurangkan kerugian akibat lebihan buah," katanya pada Jumaat.

Iklan

FAMA Pahang menjelaskan, pusat pengumpulan tersebut juga berfungsi sebagai saluran pemasaran yang lebih efisien, membolehkan durian kampung dipasarkan ke pasaran tempatan dan luar daerah.

"Setakat ini durian kampung yang kami bantu pasarkan dari daerah Jerantut terutama di Kampung Damak.

Iklan

"Buah-buah durian yang dikumpulkan dipasarkan di pasaran luar Pahang termasuk Terengganu dan Putrajaya," ujarnya.