Suami sempat hantar gambar keluarga
Iklan
Siti Nurhayati menunjukkan gambar keluarga yang dirakam ketika Aidilfitri lalu bersama arwah suaminya dan anak-anak.
TANAH MERAH- 'Dua tiga hari sebelum suami meninggal, dia ada hantar gambar keluarga melalui telefon bimbitnya menggunakan aplikasi WhatsApp,' kata Siti Nurhayati Musa, 38.
Siti Nurhayati merupakan isteri Allahyarham, Arman Shafie, 39, Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang meninggal dunia pagi Selasa lalu akibat serangan jantung.
Iklan
Iklan
Menurutnya, namun dia anggap itu perkara biasa memandangkan dia yang sebelum ini bertugas di Kelantan baharu sahaja bertukar ke Putrajaya Januari lalu.
"Mungkin dia rindukan keluarga," katanya kepada Sinar harian.
Iklan
Siti Nurhayati yang juga seorang guru berkata, sebelum ini suaminya tidak pernah mengalami masalah kesihatan namun hanya ada mengadu sakit dada dan mudah letih mungkin kerana penat bekerja dan tugas yang bertambah apabila bertugas di ibu pejabat di Putrajaya.
"Masa balik raya pun dia kurang berkomunikasi dengan saya mungkin kerana letih dan bebanan tugas, namun saya selalu berhubung dengan suami hampir setiap hari melalui telefon bimbit.
Iklan
"Dia akan hubungi saya hampir setiap petang dan malam. Namun pada Isnin lalu, dia ada hubungi saya pada waktu petang namun tidak pula menghubungi saya pada malam harinya.
"Saya pada mulanya tertanya-tanya namun selepas itu saya fikir dia ada tugasan operasi penguatkuasaan jadi saya pun biarkan saja kerana tidak mahu ganggu tugasan dia (suami)," katanya.
Siti Nurhayati ditemui dalam kunjungan ke kediaman mentuanya, Siti Fatimah Idris, 70 di Kampung Domis, Tanah Merah.
Norhayati berkata lagi, sehinggalah pagi Selasa itu, dia menerima panggilan dari keluarga di sana mengenai keadaan suaminya yang tidak sedarkan diri selepas mengadu sakit dada.
"Akhirnya saya terima panggilan mengatakan suami telah tiada kira-kira jam 10 pagi Selasa dan saya pada mulanya terkejut namun menerimanya dengan reda.
"Setakat ini, anak-anak saya berusia antara 12 dan 13 tahun juga menerima kejadian ini dengan tenang dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.
Jenazah Allahyarham Arman Shafie tiba di kediaman ibunya di Kampung Domis di sini kira-kira jam 8 malam Selasa lalu, dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Domis selepas solat Isyak.
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.