Kes Jalan Gua Musang rosak wajar jadi iktibar - Azam Kelantan
Iklan
Kerosakan Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di laluan utama berhampiran Kampung Lepan Jaya selesai dibaik pulih. Gambar kecil: Adib Faisal
GUA MUSANG – Kerosakan teruk jalan sementara di kawasan projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) di sini yang sebelum ini mencetuskan kesulitan kepada pengguna wajar dijadikan iktibar agar aspek keselamatan dan penyelenggaraan jalan tidak dipandang ringan sepanjang pelaksanaan projek pembinaan berskala besar.
Koordinator Pertubuhan Pemikir Azam Kelantan (Azam Kelantan), Adib Faisal Yaacob berkata, walaupun jalan berkenaan telah dibaiki susulan laporan media, namun kejadian itu mendedahkan keperluan pemantauan lebih berkesan bagi mengelakkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya berulang.
Iklan
Iklan
“Pembinaan tidak boleh mengorbankan keselamatan rakyat.
“Jalan rosak boleh dibaiki, tetapi kepercayaan rakyat hanya boleh dipulihkan melalui tindakan yang konsisten dan bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Iklan
Sebelum ini, pengguna Jalan Gua Musang-Kuala Lipis mendakwa, projek LTU pakej 3BC dan 3D yang belum siap menyebabkan berlaku kesesakan luar biasa di laluan terbabit khususnya ketika musim cuti sekolah.
Jalan sementara disediakan turut rosak teruk sehingga terpaksa ditutup kepada semua kenderaan dan pengguna terpaksa menggunakan laluan lain yang lebih jauh.
Iklan
Selepas laporan media, jalan sementara di kawasan LTU pakej 3D berhampiran sempadan daerah ini dan Merapoh, Pahang yang rosak itu dibaiki pihak kontraktor Jumaat lepas.
Mengulas lanjut, Adib Faisal berkata, menurut laporan Cawangan Jalan Jabatan Kerja Raya 2021, projek berkenaan didakwa mencatatkan kemajuan kerja yang perlahan dan menghadapi cabaran pengurusan tapak serta rantaian bekalan.
Adib Faisal menegaskan bahawa rakyat tidak sepatutnya menanggung akibat kelemahan pengurusan projek awam, terutamanya apabila jalan sedia ada digunakan sepanjang tempoh pembinaan tanpa penyelenggaraan mencukupi.
“Kami sarankan supaya majlis daerah mengambil tindakan tegas untuk memastikan keselamatan pengguna jalan termasuk membaiki jalan yang rosak dan berbahaya.
“Selain itu, pihak-pihak juga perlu memastikan dapatan audit dan pemantauan diterjemahkan kepada tindakan yang berkesan di tapak, terutama dari segi penyelenggaraan sementara serta pengurusan keselamatan trafik,” katanya.
Tambah beliau, kerajaan negeri pula digalakkan berperanan sebagai penyelaras dan pendesak agar isu rakyat tidak tersekat dalam birokrasi.
“Kerajaan Persekutuan boleh bekerjasama memastikan akauntabiliti projek itu kukuh dengan menilai prestasi kontraktor dan menguatkuasakan penalti jika perlu selain meningkatkan ketelusan maklumat kepada orang awam,” katanya.
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.