Batalion 7, KPDNHEP Kelantan cekup penyeludup petrol
Iklan
RANTAU PANJANG - Seorang penyeludup dicekup anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan ketika sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak berhampiran sempadan dekat sini semalam.
Lelaki berusia 33 tahun itu dikesan melakukan kesalahan tersebut selepas bertindak mengisi bahan api berkenaan dalam tempoh agak lama sehingga mengundang rasa curiga anggota penguatkuasa yang melakukan rondaan bersepadu di kawasan berkenaan pada jam 2 petang.
Iklan
Iklan
Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintenden Azhari Nusi berkata, curiga dengan tindakan lelaki itu anggota penguatkuasa telah bertindak menahan kereta jenis Proton Waja dan kemudian terus melakukan pemeriksaan.
"Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan enam biji tong plastik berisi petrol di bahagian penumpang belakang selain tangki minyak kenderaan yang sudah diubahsuai.
Iklan
"Jumlah keseluruhan petrol itu ialah 90 liter. Nilai bahan api itu termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM10,000," katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal PGA di sini, hari ini.
Menurutnya, PGA Batalion 7 tidak menolak kemungkinan lelaki berusia 33 tahun itu mengisi minyak petrol dalam jumlah yang banyak dengan tujuan untuk diseludup keluar ke negara jiran.
Iklan
Katanya, kesemua barang rampasan diserahkan kepada pihak KPDNHEP untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 21 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 manakala lelaki itu dibebaskan selepas diambil keterangan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut"><meta itemprop="description" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #kemalanganmaut #keskemalangan #KualaKrai"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T11:28:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P130S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbraq7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbraq7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbraq7y"></script>