MB Selangor zahir sembah takziah
Iklan
Amirudin menzahirkan sembah takziah kepada seluruh kerabat diraja Selangor atas kemangkatan Kerabat Diraja Bergelar, Tengku Besar Putra Selangor, Tengku Ismail Shah menerusi akaun Facebook miliknya, hari ini.
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari merafak sembah takziah kepada seluruh kerabat diraja Selangor atas kemangkatan Kerabat Diraja Bergelar, Tengku Besar Putra Selangor, Tengku Ismail Shah Sultan Hisamuddin Alam Shah, 84, malam tadi.
Ucapan sembah takziah dizahirkan menerusi akaun Facebooknya miliknya, hari ini.
Iklan
Iklan
"Merafak sembah takziah di atas kemangkatan Kerabat Diraja Bergelar, Yang Amat Mulia Tengku Besar Putra Selangor, Tengku Ismail Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj.
"Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum dan menempatkan Almarhum dalam kalangan para syuhada dan soleh. Al Fatihah,” tulisnya dalam status dimuat naik itu.
Iklan
Almarhum Tengku Ismail Shah yang merupakan ayahanda saudara kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mangkat kira-kira jam 8 malam di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) kerana sakit tua.
Menerusi kenyataan dimuat naik di laman Facebook Selangor Royal Office semalam, jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja, Klang pagi ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Ayahanda saudara Sultan Selangor mangkat
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>