Fatimah tunggu Adamdidam walaupun dalam mimpi
Iklan
Hubungan Fatimah dan Allahyarham Adamdidam sangat rapat sehingga hampir setiap hari mereka akan berhubung menerusi panggilan video. Foto: Instagram Adamdidam
KOTA BHARU - Instafamous cilik, Fatimah Omar Mukhlis, 5, anak saudara kepada Chef selebriti terkenal Allahyarham Muhammad Adam Mahamed Ismail, 29, atau dikenali sebagai Adamdidam masih bersedih dan terkesan dengan pemergian bapa saudaranya.
Kakak sulung Allahyarham Dr Nor Ashmiza Mahamed Ismail, 42, berkata Fatimah adalah antara lapan anak saudara yang sangat rapat dengan Allahyarham, malah hampir setiap hari mereka akan saling berhubung melalui panggilan video.
Iklan
Iklan
"Memang Fatimah sudah mula memahami dan dapat menerima pemergian Muhammad Adam kira-kira seminggu lebih yang lalu, dia seolah-olah menunggu bertemu Allahyarham walaupun sekadar dalam mimpi,” katanya selepas kunjungan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob bersama Skuad Prihatin Perkeso di kediaman keluarga mereka di Telipot di sini hari ini.
Dalam kunjungan tersebut, Perkeso menyerahkan Faedah Pengurusan Jenazah sebanyak RM2,000 dan juga Pencen Penakat Perkeso secara bulanan sebanyak RM526.60 kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adam.
Iklan
Nor Ashmiza berkata, Allahyarham sebenarnya sudah berjanji dengan Fatimah untuk menziarahinya di United Kingdom pada April lalu, namun hajatnya tidak kesampaian, apabila Muhammad Adam meninggal dunia 19 Mei lalu akibat jangkitan paru-paru.
"Kehilangan Muhammad Adam bagi Fatimah seolah-olah hilang bapanya sendiri.
Iklan
"Hubungan mereka berdua sangat kuat, menyebabkan Fatimah yang lebih matang daripada usianya merasa kesedihan seperti orang dewasa,” kata anak sulung dari lima beradik itu.
Nor Ashmiza, juga berkata keluarganya terkilan apabila timbul berita kurang menyenangkan mengenai kematian Allahyarham, seperti yang disiarkan di sesetengah media.
Katanya, Allahyarham Muhammad Adam tidak lumpuh seperti dikatakan sesetengah pihak, malah Allahyarham mampu menyiapkan semua tugasan produksi sehingga ke akhir hayatnya.
"Saya terkilan sebab ada berita-berita tidak berapa menyenangkan, sehingga ada yang mengatakan Allahyarham hanya mampu mengerakkan jari sahaja, sedangkan dia boleh menguruskan diri sendiri termasuk mandi sendiri,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung"><meta itemprop="description" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung
Deruman enjin jentera berat menggegarkan suasana kampung apabila 10 jentolak, dua lori dan beberapa kenderaan pacuan empat roda menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perarakan sejauh kira-kira 300 meter itu mencuri perhatian penduduk apabila deretan jentera yang lazimnya digunakan di kawasan perlombongan pasir tampil memeriahkan sambutan kemerdekaan bersama masyarakat setempat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794247/edisi/kelantan/perarakan-jentolak-sempena-merdeka-gegar-suasana-kampung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HariKebangsaan #Perarakan #Jentolak #PasirMas"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-31T06:48:40.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P131S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2njc6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2njc6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2njc6"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000"><meta itemprop="description" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000
Naskhah akhbar lama berusia 69 tahun yang merekodkan detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 masih disimpan rapi sebuah keluarga di Kampung Kekabu, Lemal, Pasir Mas meskipun pernah ditawar RM20,000 beberapa tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Naskhah The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, kini berada dalam simpanan Noorulhuda Ibrahim, 44, selepas suaminya, Mohd Tarmizi Ismail meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada Ogos 2023.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794108/edisi/kelantan/akhbar-69-tahun-catat-sejarah-kemerdekaan-masih-disimpan-pernah-ditawar-rm20000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Arkib #Akhbar #Sejarah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-30T10:09:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2d7na"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2d7na"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2d7na"></script>