Tujuh individu ditahan dalam Op Dadu Khas
Iklan
Wang tunai dan telefon bimbit yang dirampas. (Antara premis yang diperiksa dalam Op Dadu Khas.)
JOHOR BAHRU - Seramai tujuh individu ditahan melibatkan enam lelaki warga tempatan dan seorang wanita warga asing dalam Op Dadu Khas judi dalam talian (JOL) dan loteri awam tanpa lesen (ENE) hasil pemeriksaan di sebuah premis di sini pada Isnin.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua individu terbabit berusia dalam lingkungan 22 hingga 60 tahun.
Iklan
Iklan
"Hasil pemeriksaan tersebut, polis turut merampas enam unit telefon bimbit pelbagai jenama termasuk lima pencetak mudah alih.
"Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM655 pada pemeriksaan berkenaan,” katanya, pada Selasa.
Iklan
Tambah Kamarul Zaman, sejak 22 September hingga 2 Oktober lalu, sebanyak 226 premis telah diperiksa dan seramai 256 individu telah ditahan.
Katanya, kesemua individu berkenaan melibatkan 209 lelaki dan 47 wanita dengan pecahan 225 warga tempatan dan 31 warga asing.
Iklan
"Dari segi pecahan jantina seramai 195 lelaki merupakan warga tempatan dan 14 lelaki warga asing manakala 30 wanita warga tempatan dan 17 wanita warga asing dengan kesemua mereka berusia dalam lingkungan 18 hingga 66 tahun.
"Polis turut merampas 267 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 102 pencetak mudah alih serta wang tunai berjumlah RM48,350.
"Kesemua premis yang terlibat kini sedang dalam proses permohonan bagi pembatalan lesen dan pemotongan bekalan elektrik, namun masih menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya.
Kesemua suspek telah dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen117 Kanun Prosedur Jenayah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 4A (a) dan 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana menjaga atau mengurus atau membantu tempat perjudian terbuka.
Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM50,000 dan penjara tidak lebih tiga tahun.
Sementara itu, Kamarul Zaman berkata, kejayaan operasi itu adalah hasil daripada maklumat dan risikan polis, juga maklumat daripada orang awam.
"Sekiranya terdapat sebarang maklumat mengenai kegiatan perjudian dalam talian, orang ramai boleh menyalurkan maklumat kepada balai polis berhampiran atau bilik gerakan polis Johor di talian 07-221 2999 atau 07-225 4677," katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.