[VIDEO] Ular sawa 100kg 'ceroboh' kebun durian
Iklan
MACHANG - Seorang wanita terkejut apabila menemui seekor ular sawa batik yang 'menceroboh' kebun durian miliknya di Kampung Pak Gombak, Joh di sini pada Rabu.
Ular sawa batik seberat 100 kilogram sedang melingkar berhampiran pokok durian ketika wanita berusia lingkungan 40-an itu ingin memungut buah di kebunnya kira-kira jam 2 petang.
Ular jenis sawa batik itu ditemui sedang berlingkar berhampiran pokok durian milik wanita berusia 40an tersebut pada jam 2 petang ketika ingin memungut raja buah.
Iklan
Iklan
Timbalan Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Machang, Leftenan Pertahanan Awam Mohd Fadli Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.05 petang dan seramai enam anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik sahaja tiba, pihak kami mendapati ular sepanjang tujuh meter tersebut sedang tidur.
Iklan
"Anggota kami mengambil masa selama 30 minit untuk menangkap reptilia tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di pejabat APM Machang di sini pada Rabu.
APM Machang menunjukkan ular sawa seberat 100 kilogram yang 'menceroboh' kebun durian di Kampung Pak Gombak, Joh, di Machang pada Rabu.
Menurut beliau, ular tersebut bertindak agresif semasa kerja-kerja tangkapan dilaksanakan.
Ujarnya, ular sawa itu merupakan tangkapan terbesar yang dilakukan oleh APM Machang bagi tahun ini.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah'"><meta itemprop="description" content=""Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah. Biar terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, kami sanggup daripada meredah hutan dalam kegelapan."
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SesiPersekolahan #Keretaapi #Kelantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-11T09:29:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Zot381fOss2ed4rQn/x120"><meta itemprop="duration" content="P217S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xjjyg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xjjyg"></script>