Nahas di Segamat: Remaja 15 tahun akan diberi rawatan terbaik
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu. Gambar kecil: Tian Soon
JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan memastikan remaja lelaki yang terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga mengorbankan enam ahli keluarganya, mendapat rawatan yang terbaik di Hospital Segamat.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon berkata, Abdullah Amir Ruddin yang mengalami kecederaan teruk, ketika ini masih ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan berada dalam keadaan stabil.
Iklan
Iklan
"Abdullah masih dalam pemantauan pasukan perubatan dan ditidurkan dalam ICU, kita lihat keadaannya juga adalah stabil, sama seperti sebelum ini.
"Kerajaan negeri akan memberi bantuan dari segala segi termasuk kos perubatan. Kita juga akan memastikan beliau mendapat rawatan yang terbaik,” katanya ketika diminta mengulas mengenai keadaan remaja terbabit.
Iklan
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas merasmikan Majlis Penyerahan Peralatan Rondaan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Bantuan Rahmah di Zon Pulai, di Taman Bukit Kempas, di sini malam tadi.
Tian Soon turut menyeru kepada orang ramai, khususnya saudara dan komuniti untuk terus memberikan sokongan positif kepada abang sulung remaja terbabit, iaitu Abdul Rahman Amir Ruddin,19.
Iklan
"Sebagai seorang abang, pastinya untuk berhadapan dengan cabaran seperti ini adalah tidak mudah. Jadi, saya menyeru sokongan positif terutama dari saudara dan komuniti terdekat, kerana beliau sangat-sangat memerlukannya,” katanya.
Kemalangan pada 1 September lepas di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, telah mengorbankan bapa dan ibu mangsa iaitu Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhammad, 43.
Turut maut empat lagi adik-beradik mangsa, Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah, 13; Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, setelah kereta Perodua Alza yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: 'Arwah minta bergambar ramai-ramai, buat kenangan jika pergi dahulu'
Nahas 5 kenderaan: 6 sekeluarga disahkan maut
Lima sekeluarga maut, tiga cedera nahas tiga kenderaan
Enam beranak maut: Ahli keluarga adakan tahlil di bilik mayat hospital
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.