Exco Pahang antara korban nahas pesawat di Elmina

Iklan
Khabar duka menimpa Johari dikongsi Mohd Sharkar melalui hantaran di Facebooknya pada Khamis.

KUANTAN - Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun antara yang dikhuatiri maut dalam nahas pesawat ringan terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam, Selangor pada Khamis.

Kejadian menyayat hati melibatkan Johari itu turut dikongsi Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menerusi satu ciapan di Twitter.

Iklan
Iklan

Young Syefura turut berkongsi gambar kenangan dalam mesyuarat bersama Allahyarham.

"Amat mendukacitakan apabila melibatkan seorang kawan saya, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun, EXCO Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai di bawah Parlimen Bentong.

Iklan

"Saya amat bersedih dengan kehilangan ini. Baru sahaja dua hari lepas, saya bersama Allahyarham Datuk Seri Jo berbincang berkenaan pembangunan di Bentong dan Pelangai yang akan direncanakan kelak," katanya menerusi hantaran itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat dilapor terhempas di Elmina Shah Alam

Iklan

Nahas pesawat: Tiada panggilan kecemasan dibuat - CAAM

10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

'Nampak pesawat senget, dengar bunyi dentuman'

Saksi dengar bunyi letupan kuat, nampak mangsa rentung

Tiada isyarat bahawa pesawat hadapi masalah - Ketua Polis Selangor