Konvoi Madani Ride 2023 semarakkan semangat nasionalisme
Iklan
M Kumar menyempurnakan gimik pelancaran konvoi.
JOHOR BAHRU –"Konvoi Madani Ride 2023 bukan sekadar satu funride, tetapi ada matlamatnya,”
Itu reaksi Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M Kumar selepas menyempurnakan pelepasan konvoi berkenaan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, pada Rabu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, program yang disertai seramai150 penunggang motosikal berkuasa tinggi melibatkan anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ahli Kelab Super Biker Ipoh (ISBC) itu akan menjelajah ke seluruh negeri di Semenanjung Malaysia di sepanjang program berkenaan berlangsung.
"Program ini merupakan antara program terakhir sempena sambutan Hari Polis ke-216 dan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan akan melalui kesemua negeri di Semenanjung Malaysia dalam usaha menyemarakkan semangat nasionalisme dan semangat sambutan Hari Kebangsaan.
Iklan
M Kumar berkata demikian pada majlis pelepasan Konvoi Madani Ride 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, pada Rabu.
Hadir sama, Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim dan Pengerusi Kelab Super Biker Ipoh Perak (ISBC), Chia Poh Huat.
Iklan
Sementara itu, Mohd Said yang dilantik sebagai pengarah program berkata, Johor Bahru merupakan destinasi kedua setelah konvoi tersebut bermula di Melaka baru-baru ini.
"Dianggarkan kita akan menempuh jarak perjalanan sejauh 1,200 kilometer (km) lebih pada konvoi kali ini.
"JB (Johor Bahru) merupakan destinasi kedua sebelum kita akan bergerak ke Kuantan, Terengganu, Kelantan, Selatan Thailand, Kedah, Pulau Pinang, Ipoh dan berakhir di Shah Alam,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>