Johan nama putera sulung Tengku Mahkota Kelantan

Iklan
Tengku Mahkota Kelantan dan Che Puan Mahkota bersama putera sulung baginda. - Foto Instagram

KOTA BHARU - Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dan pasanganya Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson Petra memilih nama Johan kepada putera sulung baginda.

Che Puan Mahkota berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di Instagram miliknya pada malam Ahad.

Iklan
Iklan

"Welcome to the world baby Johan,” tulisnya.

Sinar Harian pada 19 Julai melaporkan, Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson dikurniakan putera pertama.

Iklan

Berita gembira itu dikongsi di media sosial Pejabat Sultan Kelantan.

Che Puan Mahkota Kelantan selamat melahirkan anakanda putera pada 17 Julai di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Iklan