Tengku Mahkota Kelantan dikurnia putera sulung

Tengku Mahkota Kelantan, Che Puan Mahkota Kelantan selamat menimang putera pertama pada Isnin.
Tengku Mahkota Kelantan, Che Puan Mahkota Kelantan selamat menimang putera pertama pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansso dikurniakan putera pertama pada Isnin.

Berita gembira itu dikongsi di media sosial Pejabat Sultan Kelantan pada Selasa.

Che Puan Mahkota Kelantan selamat melahirkan anakanda putera pada Isnin di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Pengumuman itu turut memaklumkan Che Puan Mahkota serta anakanda berada dalam keadaan sihat dan selamat.

Pasangan diraja tersebut telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 19 April 2019.