KOTA BHARU – Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) memohon bantuan orang ramai bagi mengesan waris seorang lelaki berusia lingkungan 70 tahun yang meninggal dunia dan mayatnya masih belum dituntut di Jabatan Perubatan Forensik hospital berkenaan.
Pengarah HRPZ II, Dr Izamin Idris, berkata lelaki berkenaan ialah Mat Ali Jaafar, warganegara Malaysia berketurunan Melayu yang dimasukkan ke hospital pada 5 Ogos lalu.
“Beliau disahkan meninggal dunia pada 7 September lalu,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.
Menurutnya, alamat terakhir lelaki berkenaan ialah Lot 1097, Berek 12, Jalan Hospital, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Sehubungan itu, pihak hospital memohon waris si mati atau orang ramai yang mengenali lelaki berkenaan dan keluarganya supaya tampil memberikan maklumat bagi membantu urusan pengesanan waris.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hadir ke Jabatan Perubatan Forensik, HRPZ II atau menghubungi talian 097452436,” katanya.