Semarakkan World #QuranHour di Terengganu
Iklan
MOHD AL-AZAHARY ABDULLAH SANI
KUALA TERENGGANU - Kempen promosi program World #QuranHour di Terengganu kini sedang rancak berjalan, menjelang program berkenaan pada 25 Ramadan ini, bersamaan 30 Mei depan.
Penyelaras Rumah Ngaji Terengganu, Mohd Al-Azahary Abdullah Sani berkata, sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, pihaknya menjalankan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan program itu berjalan lancar.
Iklan
Iklan
Menurutnya, setakat ini dua lokasi utama program itu ialah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) dan Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang.
"Program ini akan berlangsung serentak pada jam 12 tengah hari di seluruh dunia, yang mana para peserta akan berinteraksi selama sejam dengan al-Quran. Tahun ini, kita bertemakan Surah Al-Kahf.
Iklan
MOHD AL-AZAHARY ABDULLAH SANI
"Kita ingin mengajak semua pihak untuk turut serta menyertai program ini di lokasi masing-masing. Kami di Rumah Ngaji akan bantu pihak yang berminat dengan beritahu bagaimana cara untuk jalankan program ini.
Iklan
"Beberapa agensi seperti Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) turut menyatakan komitmen untuk menjayakan program ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Jelas Al-Azahary, beberapa sekolah juga akan menyertai program ini, namun diawalkan kepada 23 Mei depan.
Katanya lagi, pihaknya mengharapkan lebih banyak penyertaan khususnya daripada sekolah, masjid, agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan serta akan ada hotspot utama di setiap daerah.
"Setiap tahun, Terengganu antara negeri yang mempunyai penyertaan tertinggi. Pada tahun lepas misalnya, kita ada 318,00 peserta, 284,000 peserta (2017) dan 257,000 peserta pada tahun 2016.
"Kita harapkan tahun ini sambutan terhadap World #QuranHour di Terengganu tahun ini lebih meriah.
"Bagi mana-mana pihak yang ingin turut serta, boleh berhubung dengan saya di talian 012-3147221 atau Aziemah (013-9858873),” katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal