Jejantas RTS Link- Komtar JBCC bakal beroperasi Disember 2026
Iklan
Zainuddin (kiri) dan Zulkifli bersalaman setelah menandatangani MOU berkenaan.
JOHOR BAHRU – Jejantas pejalan kaki yang menghubungkan stesen Sistem Transit Rapid (RTS) di Bukit Chagar ke pusat beli belah, Komtar JBCC di sini, dijangka siap dan mula beroperasi pada penghujung Disember 2026.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohd Salleh berkata, laluan pejalan itu kini dalam proses reka bentuk dan kerja-kerja pembinaannya akan bermula pada tahun ini juga.
Iklan
Iklan
"Kita juga difahamkan bahawa kos bagi pembinaan laluan sejauh 42 meter dengan lebar lapan meter itu dianggarkan berjumlah antara RM10 juta hingga RM15 juta,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian sempena majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara pihak Amanah Raya yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Zainudin Suhaimi bersama Pengarah Projek RTS Link, MRT Corp, Zulkifli Mohamed di Menara JLand, JBCC, pada Isnin.
Iklan
Laluan pejalan kaki berhawa dingin itu bakal menghubungkan pusat beli-belah Komtar JBCC ke jambatan terancang stesen RTS Bukit Chagar.
Ia bakal memberikan keselesaan serta kemudahan kepada orang ramai dengan akses laluan yang mudah antara stesen serta pusat beli belah yang berada di sekitar kawasan berkenaan.
Iklan
Sementara itu, Mohamad Fazli berkata, kewujudan laluan pejalan kaki itu akan membantu merancakkan lagi perniagaan di Komtar JBCC termasuk premis-premis perniagaan di sekitar kawasan berkenaan.
"Selain menawarkan laluan yang lancar, selamat dan mudah antara stesen dan pusat beli belah selain kawasan di sekitar Ibrahim International Business District (IIBD) ia turut melibatkan juga Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI),” katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.