PRN: Rundingan kerusi di Kelantan selesai 99 peratus

Iklan
Nik Nazmi ditemui pemberita selepas Program Town Hall Sinar Harian yang berlangsung di sini pada Isnin.

SHAH ALAM - Rundingan pembahagian kerusi antara parti Kerajaan Perpaduan di Kelantan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) selesai 99 peratus.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu dan Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perbincangan mengenainya sangat positif.

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH, kita akan umumkan dalam masa yang terdekat,” kata kepada pemberita selepas Program Town Hall Sinar Harian yang berlangsung, di sini pada Isnin.

Tegasnya, Barisan Nasional (BN) akan diberi keutamaan dalam pembahagian kerusi di Kelantan dan Terengganu berbanding Pakatan Harapan (PH).

Iklan

Jelas beliau, perkara tersebut diambil kira berdasarkan faktor sejarah gabungan tersebut yang telah mempunyai pengaruh sejak sekian lama.

"Bagaimanapun, kita (PH) juga mempunyai peranan strategik terutama bagi kerusi boleh menang di sana,” ujarnya.

Iklan

Sementara itu, ketika ditanya adakah bekas calon Parlimen Pasir Salak, Nik Omar Nik Abdul Aziz akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Nik Nazmi berkata, perkara itu diserahkan kepada pimpinan tertinggi.