'Setiap hari ada yang meminta'
Iklan
Fazliyaton menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang memerlukan hasil derma orang ramai kepada Asnaf Food Bank.
KOTA BHARU -"Sedihnya... setiap hari ada yang meminta," kata Ketua Asnaf Food Bank, Fazliyaton Daud mengenai asnaf yang memerlukan makanan dan barangan harian.
Fazliyaton memberitahu, dalam tempoh beberapa hari nama penerima bertambah dan ramai yang memohon kerana tekanan kewangan dan bebanan hidup.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, sehingga kini seramai 3,018 asnaf disenaraikan dan meningkat setiap hari selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Lebih menyedihkan ada dalam kalangan ibu yang memohon susu formula kerana tidak dapat membekalkan susu badan kepada bayi akibat masalah kekurangan zat," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.
Iklan
Justeru jelas beliau, program yang bermula ketika PKP itu diteruskan sehingga kini kerana mahu membantu mereka yang memerlukan.
Jelasnya, Asnaf Food Bank yang bertujuan mengurangkan kelaparan akan membantu paling maksimum lima bulan untuk satu keluarga tetapi bergantung kepada tempoh keperluan mereka.
Iklan
"Setakat ini kita mempunyai tabung di Tanah Merah, Kota Bharu dan Bachok.
Bakul makanan yang dikumpulkan untuk disampaikan kepada golongan memerlukan.
"Kami memerlukan kerjasama orang ramai yang prihatin dengan nasib asnaf dan keluarga miskin dalam keadaan ekonomi menghimpit," katanya.
Tambah Fazliyaton, makanan yang sangat diperlukan ketika ini ialah keperluan asas termasuk beras, gula, minyak dan telur tetapi kumpulan itu berusaha menambah bekalan seperti ayam dan makanan kering lain.
Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan memberitahu, kumpulan mereka akan melawat dan menghantar keperluan selain meminta asnaf terbabit mengambil sendiri di stor pengumpulan barang kering.
"Kami akan bertemu bagi mendapatkan kepastian bahawa mereka benar-benar memenuhi kriteria sebagai penerima," katanya.
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.