Polis nafi kaitan kongsi gelap insiden gaduh di Tampoi
Iklan
Tangkapan layar pergaduhan yang dipercayai berlaku di Tampoi.
JOHOR BAHRU - Polis menahan seramai 12 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan di Tampoi pada Sabtu.
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, kesemua individu berkenaan yang berusia dalam lingkungan 17 hingga 35 tahun itu ditahan di sekitar Johor Bahru, bagi membantu siasatan.
Iklan
Iklan
"Sehingga hari ini kita telah tahan 12 orang yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan tersebut.
"Setakat ini juga hanya seorang sahaja yang masih menerima rawatan di hospital kerana mengalami beberapa kecederaan dipercayai akibat pergaduhan berkenaan,” katanya pada sidang media sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Selasa.
Iklan
Kamarul Zaman berkata demikian ketika mengulas mengenai perkembangan kes pergaduhan di Tampoi, Sabtu lalu yang turut tular di media sosial menerusi video berdurasi 28 saat.
Insiden pergaduhan berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pelajar bergaduh di Kempas gara-gara dibaling pemadam.
Iklan
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 365 KK dan Seksyen 385 KK.
Sementara itu, Kamarul Zaman menafikan penglibatan kongsi gelap dalam insiden pergaduhan berkenaan.
"Tak ada (kongsi gelap) dan kita masih menyiasat punca pergaduhan.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap dalangnya dan kita juga meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut," katanya.
BERITA SEMASA 28 APRIL 2024
Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif akan mendapatkan penjelasan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) berhubung isu tular yang mendakwa pihak kantin menjual makanan tidak bersih di sebuah sekolah menengah di sini baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Diminta mengulas lanjut, Mohd Arifin menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap isu terbabit.
Dalam pada itu, JPNS turut diminta memastikan pengusaha kantin atau pemegang tender membekalkan makanan di asrama mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam penyediaan makanan kepada murid atau pelajar di sekolah masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661794/berita/semasa/jpns-diminta-beri-penjelasan-kantin-sekolah-jual-makanan-tidak-bersih
Muzik: Elevate dari www.bensound.com