Richard Branson tak hormat hakim, sistem keadilan Singapura

Iklan
Richard Branson

SINGAPURA - Pemerintah Singapura pada Selasa mengkritik bilionair Britain, Richard Branson selepas beliau sewenang-wenangnya mempertikaikan hukuman mati melibatkan kes dadah yang bakal dilaksanakan di negara itu.

Warga tempatan, Tangaraju Suppiah, 46, bakal dihukum gantung pada Rabu selepas dia disabit bersalah atas tuduhan bersubahat mengedar 1,017.9 gram ganja yang merupakan dua kali ganda lebih tinggi daripada jumlah minimum yang boleh dikenakan hukuman mati di bawah undang-undang Singapura.

Iklan
Iklan

Branson yang merupakan anggota Suruhanjaya Global untuk Dasar Dadah berpusat di Geneva menerusi blog pada Isnin menggesa Singapura supaya menghentikan hukuman mati itu malah beliau juga percaya Suppiah tidak bersalah ketika dia ditahan.

"Dakwaannya jelas tidak benar," menurut Kementerian Dalam Negeri (MHA) sambil menambah kesalahan Suppiah telah dibuktikan tanpa keraguan munasabah.

Iklan

Menurutnya, Branson menunjukkan sikap tidak menghormati hakim dan sistem keadilan jenayah Singapura dengan membuat kenyataan seperti itu.

Pada tahun lalu, Singapura pernah mengundang Branson untuk menyertai debat tentang pelaksanaan hukuman mati, namun ditolak beliau atas alasan ia hanya perlu melibatkan aktivis hak asasi manusia tempatan.

Iklan

Difahamkan, ia adalah hukuman mati pertama dalam tempoh enam bulan dan yang ke-12 sejak tahun lalu. - AFP