NUUK – Parti politik Greenland dengan lantang menegaskan mereka enggan menjadi sebahagian daripada rakyat Amerika Syarikat (AS) selepas retorik Presiden Donald Trump mengenai penaklukan wilayah autonomi itu semakin hangat.
Kenyataan bersama pada lewat Jumaat itu dikeluarkan selepas Trump berulang kali membuat ugutan yang mengancam kedaulatan Greenland.
Iklan
Iklan
“Kami juga tidak mahu menjadi rakyat Denmark. Kami hanya mahu menjadi penduduk Greenland. Masa depan wilayah ini mesti diputuskan sendiri oleh kami,” menurut pernyataan pemimpin lima parti di Parlimen Greenland.
Sejak minggu lalu, Copenhagen dan sekutu Eropah menyuarakan kebimbangan terhadap ancaman yang dibuat Trump untuk mengambil alih Greenland selepas AS menceroboh Venezuela.
Pengkritik percaya Presiden ke-47 AS itu sebenarnya cuba mengekang pengaruh Rusia dan China di Artik selepas kedua-dua negara tersebut meningkatkan aktiviti ketenteraan mereka di rantau berkenaan sejak beberapa tahun lalu. – AFP