KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa meluangkan masa berbuka puasa bersama pengamal media dan penggiat seni tempatan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) di sini.
Perdana Menteri yang tiba pada 6.47 petang dengan berbaju Melayu biru muda diiringi Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan Timbalannya, Teo Nie Ching.
Anwar beramah mesra bersama anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa bersama Pengamal Media dan Penggiat Seni di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Kuala Lumpur pada Selasa. - Foto Bernama