KUALA LUMPUR - Penganjuran program berbuka puasa beramai-ramai seperti Iftar@Kuala Lumpur (Iftar@KL) yang diadakan di Jalan Raja, Dataran Merdeka di sini setiap tahun akan diperluas ke setiap negeri pada masa akan datang.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan bagaimanapun berkata, pelaksanaan program itu, yang bertujuan memakmurkan Ramadan sebagai bulan ibadah serta mengeratkan silaturahim antara kaum, memerlukan kerjasama rakan strategik dan penajaan bagi menjayakannya.