SHAH ALAM - KDEB Waste Management (KDEBWM) meneruskan program tanggungjawab sosial korporatnya dengan menyertai dan meraikan orang ramai yang berbuka puasa semasa program Iftar Ala Madinah@Karangkraf pada Selasa.
Pengarah Urusannya, Datuk Ramli Mohd Tahir berkata, KDEBWM memberikan 500 pek makanan dan ia merupakan inisiatif kebajikan syarikat berkenaan bersempena mengambil keberkatan bulan Ramadan.
Anak-anak yatim dari Pertubuhan Rahoma Darul Fakir dari Subang Jaya, Selangor bersama-sama berbuka puasa pada program Iftar Ala Madinah@Karangkraf pada Selasa.
Ramli menyampaikan tazkirah bertajuk Elak Pembaziran Makanan, Pulihara Alam Sekitar kepada tetamu yang hadir pada program Iftar Ala Madinah@Karangkraf sebelum berbuka puasa.
Iklan