Johor tetap tidak benarkan jual beli vape
Iklan
Kerajaan Negeri Johor tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan sebarang urusan jual beli vape atau rokok elektronik di negeri berkenaan. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Jafni)
JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan sebarang urusan jual beli vape atau rokok elektronik di negeri berkenaan.
Menurut Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, keputusan berkenaan masih kekal sehingga ke hari ini selaras dengan keputusan hasil Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), pada 2016 lalu.
Iklan
Iklan
"Di Johor ni memang kita larang jual beli vape ni, tapi saya tahu ada agensi yang buka walaupun dalam syarat lesen tertera tidak dibenarkan perniagaan rokok elektronik (vape), ini.
"Sebenarnya pada 1 Januari 2016, dalam mesyuarat MMK dah putuskan tidak dibenarkan menjual vape dan keputusan kerajaan negeri itu masih kekal sehingga ke hari ini.
Iklan
"Sebab itu dalam syarat lesen, tertera tidak dibenarkan perniagaan rokok elektronik dan di peringkat PBT, boleh batalkan lesen (perniagaan),” katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena program Singgah Sahur Kelab Media Johor, pada awal pagi Selasa.
Mohd Jafni berkata demikian bagi mengulas langkah kerajaan yang melaksanakan cukai dengan mewartakan duti eksais bagi cecair vape dengan kandungan nikotin pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml) dalam usaha mengenakan cukai produk cecair atau gel yang mengandungi nikotin.
Iklan
Sementara itu Mohd Jafni berkata, setakat ini, pihaknya masih belum menerima aduan mengenai penjualan vape di negeri ini.
"Bagaimanapun, di peringkat PBT, kita memang akan ambil tindakan batalkan lesen, bukan lesen vape itu sahaja tetapi tidak boleh beroperasi.
"Kita juga tunggu arahan di peringkat Kerajaan Persekutuanlah, kita pun tak dapat hitam puith pengharaman vape ni; namun kita masih guna dasar, keputusan yang sama pada 2016 lalu,” katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.