Masih banyak kena belajar - Faisal

Iklan
Faisal (kiri) melakukan percubaan ke arah pintu gol pasukan Hong Kong pada aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri. - Foto Facebook FAM

BINTANG Harimau Malaya, Faisal Halim menyifatkan masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan diperbaikinya dalam perjalanan kariernya sebagai pemain bola sepak profesional biarpun dilabel antara pemain terbaik dimiliki skuad kebangsaan ketika ini.

Menurut pemain Selangor FC itu, dia dalam usaha mempertingkatkan lagi mutu permainannya pada masa depan.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, saya tetap bersyukur kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai pemain bagi membantu kemenangan pasukan kali ini.

Sebagai rekod, Faisal memainkan peranan besar pada aksi persahabatan antarabangsa menentang Turkmenistan dan Hong Kong baru-baru ini.

Iklan

Malah, Faisal turut mencatatkan nama selaku penjaring gol pada aksi persahabatan berkenaan apabila menjaringkan gol kedua ketika berdepan Hong Kong.

Mengulas mengenai kejayaannya mengakhiri kemarau gol Faisal berkata, dia bersyukur dengan kejayaan berkenaan.

Iklan

Malah katanya, kejayaannya itu turut dibantu oleh rakan-rakan sepasukan lain yang turut bekerja keras sepanjang perlawanan.

"Syukur dengan apa yang ALLAH SWT berikan kali ini, malah semua ini datang dari ALLAH SWT... insya-ALLAH, ia akan membantu saya untuk meningkatkan lagi mutu permainan selepas ini,” katanya.