Pochettino cipta dua rekod buruk ketika diaibkan Liverpool

Iklan
Mauricio Pochettino - Foto: AFP

MAURICIO Pochettino memulakan tugas sebagai pengendali Manchester United dengan penuh kekecewaan apabila mencipta dua rekod tidak diingini dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengendali dari Argentina berusia 54 tahun itu mengambil alih pasukan ketika United berada di tangga kedua tercorot liga sebelum berdepan ujian getir menentang seteru tradisi, Liverpool.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, aksi sulung Pochettino bersama The Red Devils bertukar mimpi ngeri apabila pasukannya kehilangan seorang pemain seawal minit kelapan selepas Leny Yoro dilayangkan kad merah.

Yoro, 21, diperintah keluar padang selepas mengasari Alexander Isak yang sedang menuju ke arah gawang United dalam situasi berpeluang menjaringkan gol.

Iklan

Insiden itu menyaksikan Pochettino mencipta rekod sebagai pengurus pertama dalam sejarah EPL yang menyaksikan pemainnya dilayangkan kad merah dalam tempoh paling singkat pada perlawanan pertama kendaliannya.

Rekod sebelum ini dipegang bekas pengendali Wimbledon, Egil Olsen yang menyaksikan Dean Blackwell dilayangkan kad merah selepas 17 minit ketika berdepan Watford pada 1999.

Iklan

Lebih malang, Liverpool memanfaatkan kelebihan jumlah pemain apabila Dominik Szoboszlai menyempurnakan sepakan percuma untuk membuka jaringan sebelum Florian Wirtz menggandakan kelebihan tuan rumah beberapa minit kemudian.

Keadaan itu turut menyaksikan Pochettino mencipta satu lagi rekod buruk apabila menjadi pengurus pertama yang menyaksikan pasukannya dibolosi dua gol selain kehilangan pemain akibat kad merah pada separuh masa pertama dalam penampilan sulungnya bersama mana-mana kelab.

Derita United berterusan pada babak kedua apabila Liverpool menambah dua lagi jaringan menerusi Rio Ngumoha pada minit ke-66 sebelum Victor Munoz melengkapkan kemenangan bergaya tuan rumah lapan minit sebelum tamat perlawanan.