KK Mart sokong pembangunan bakat sukan melalui kejohanan karate antarabangsa

Iklan
Kejohanan Karate Terbuka Selangor KK Mart Gojukai ke-15 2026 menghimpunkan 30 pasukan dari tujuh negara dalam usaha memperkukuh pembangunan bakat karate di peringkat tempatan dan antarabangsa.

KEJOHANAN Karate Terbuka Selangor KK Mart Gojukai ke-15 2026 menghimpunkan 30 pasukan dari tujuh negara dalam usaha memperkukuh pembangunan bakat karate di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Kejohanan selama dua hari yang berlangsung di South City Plaza pada 21 dan 22 November 2026 itu disertai pasukan dari India, Syria, Nepal, Indonesia, Brunei, Pakistan dan Malaysia.

Iklan
Iklan

Majlis perasmian kejohanan disempurnakan Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan KK MART Retail Berhad, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan bersama Pengerusi Selangor Karate-Do Goju-kai Association, Master Yondan J. Sithambaram.

Acara berkenaan menarik kira-kira 1,000 peserta terdiri daripada atlet, jurulatih, pegawai dan penonton, selain menampilkan sembilan kategori pertandingan membabitkan pelbagai peringkat umur, daripada kanak-kanak berusia lima tahun sehingga atlet dewasa dan veteran.

Iklan

Menurut Kee Kan, komitmen KK Mart terhadap pembangunan masyarakat tidak terhad kepada bidang peruncitan, sebaliknya turut merangkumi sokongan terhadap inisiatif yang mampu mencungkil bakat dan mewujudkan peluang bermakna.

“KK Mart bukan sekadar sebuah kedai. Kemudahan adalah janji kami, manakala komuniti adalah tujuan kami,” katanya.

Iklan

Kejohanan selama dua hari yang berlangsung di South City Plaza pada 21 dan 22 November 2026 itu disertai pasukan dari India, Syria, Nepal, Indonesia, Brunei, Pakistan dan Malaysia.

Dalam pada itu, Gojukai Selangor turut mencatat pencapaian membanggakan pada 2026 apabila tiga ahlinya dipilih mewakili Perlis pada Sukan Malaysia (SUKMA).

Salah seorang atlet berkenaan berjaya menduduki tempat ketiga dalam kategori Kumite Lelaki Bawah 55 kilogram sekaligus menerima pengiktirafan daripada Majlis Sukan Negeri Perlis (MSN).

Ahli Gojukai turut menerima pengiktirafan daripada MITRA atas pencapaian dalam bidang sukan dan sumbangan kepada masyarakat India.

Bagi 2027, Gojukai Selangor menyasarkan untuk menghantar 10 atlet mewakili negeri masing-masing pada SUKMA 2027, selain memperluas penyertaan antarabangsa khususnya dari negara ASEAN.

Persatuan turut meneroka peluang menganjurkan kejohanan akan datang di venue yang lebih besar bagi membuka ruang kepada penyertaan yang lebih meluas.

Penganjuran kejohanan ke-15 itu menjadi satu lagi pencapaian Gojukai Selangor dalam usaha membangunkan bakat sukan muda, memperkukuh kecemerlangan karate serta membuka lebih banyak peluang kepada atlet bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kejohanan itu mendapat sokongan KK MART Retail Berhad bersama penaja dan rakan sokongan termasuk Nestlé, MILO, 100PLUS dan Gardenia yang membantu menjayakan penganjurannya.