DBKL ambil sampel makanan di 62 bazar Ramadan
Iklan
Orang ramai berkunjung ke Bazar Ramadan Jalan Raja Alang Kampong Baru untuk membeli juadah berbuka puasa hari ini. Bazar Ramadan Jalan Raja Alang Kampong Baru terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual peniaga bazar ketika bulan Ramadan. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil 120 sampel makanan secara rawak di 62 bazar Ramadan di seluruh ibu negara bagi memastikan makanan dijual tidak tercemar sekali gus menjamin keselamatan dan kesihatan warga kota.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, sampel makanan tersebut akan diambil secara berjadual setiap hari untuk dihantar ke Pusat Analisis dan Sekuriti Makanan DBKL (FoSAC) bagi tujuan analisis.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, pengambilan sampel juga akan dilaksanakan sekiranya terdapat aduan atau kes keracunan makanan.
"Sekiranya terdapat sebarang pencemaran, kompaun akan dikeluarkan dan menyenarai hitamkan penjaja terbabit serta tidak dibenarkan mendapat lesen bazar Ramadan tahun depan,” katanya pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2023 di Taman Tasik Permaisuri di sini pada Khamis.
Iklan
Beliau berkata, tindakan itu adalah di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Petempatan Makanan 2016, UUK Pengendali Makanan 1979, Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Mahadi berkata, berdasarkan rekod terdapat 19.1 peratus pencemaran sampel makanan di bazar Ramadan dikesan pada tahun lepas yang menunjukkan penurunan berbanding 20.4 peratus pada 2021 dan 31.9 peratus pada 2019.
Iklan
"Ini menunjukkan operasi seumpama ini sangat berkesan bagi mengawal kualiti dan keselamatan makanan yang dijual di bazar Ramadan,” katanya.
Terdahulu, Mahadi melancarkan kempen Sifar Plastik Sekali Guna yang merupakan kesinambungan larangan dan penguatkuasaan penggunaan beg plastik, straw plastik dan bekas polisterina yang dikuat kuasakan di Wilayah Persekutuan sejak 2017.
Menerusi kempen tersebut, warga kota digalakkan membawa sendiri bekas dan beg guna semula semasa membeli-belah.
Larangan dan tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan terhadap penjaja yang menjual barangan atau menggunakan beg plastik, straw plastik dan bekas polisterina.
Dalam pada itu, Mahadi berkata DBKL juga memperkenalkan Bazar Ramadan Rahmah yang melibatkan lapan peniaga trak makanan di tapak diluluskan iaitu di Jalan Raja, manakala 33 peniaga lagi di belakang Kompleks Campbell dan kawasan letak kereta Lot 4, Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR). - Bernama
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khaidzir Shahari berkata, sasaran itu disokong peningkatan 64.8 peratus jumlah pembayar zakat dalam kalangan warga ATM kepada 613 orang setakat Julai tahun ini, berbanding 372 orang pada tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795359/edisi/selangor-kl/zakat-selangor-sasar-kutipan-zakat-rm1-juta-warga-atm-menjelang-2028
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.