Kerosakan masjid, surau akibat banjir belum dimuktamadkan
Iklan
Salah sebuah masjid yang dinaiki air di Batu Pahat.
JOHOR BAHRU – Kerosakan yang berlaku di 13 masjid dan 11 surau di negeri ini yang terjejas akibat banjir yang melanda Johor sejak lebih dua minggu lalu, telah pun dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan Negeri, pada Rabu.
Exco Hal Ehwal Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pembentangan itu turut melibatkan kerosakan yang berlaku di sekolah-sekolah agama di bawah kerajaan negeri.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun menurutnya, anggaran kerugian dan kerosakan yang disebabkan banjir itu belum dimuktamadkan lagi selagi banjir belum surut sepenuhnya.
"Banjir yang melanda Johor sejak awal bulan ini telah menyebabkan 24 masjid dan surau melibatkan tiga masjid di Tangkak, Muar (satu masjid), Batu Pahat (sembilan masjid dan 11 surau) terkesan akibat banjir dan ini tidak termasuk sekolah agama di bawah kerajaan Negeri.
Iklan
"Apa pun, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membaik pulih dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) akan ambil peranannya sekiranya diminta oleh kerajaan negeri," katanya setelah mengumumkan Kadar Zakat Fitrah di Johor bagi tahun 1444H/2023M, pada Rabu.
Hadir sama, Penasihat MAINJ, Datuk Dr. Nooh Gadot dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), MAINJ, Ismail Abu.
Iklan
Tambah Mohd Fared, pihaknya juga akan membuat semakan di beberapa sekolah agama dan masjid yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini yang berkemungkinan mengalami kerosakan terutamanya perabot dan tandas.
Katanya, sebanyak 11 masjid dan surau di Batu Pahat telah dijadikan Jelasnya, sebanyak 11 masjid dan surau di Batu Pahat dijadikan PPS bagi menampung jumlah mangsa banjir yang dikategorikan sebagai yang tertinggi di negeri ini.
Sementara itu Mohd Fared berkata, MAINJ turut merancang untuk terus menyantuni mangsa banjir yang dijangka akan terus berada di PPS sehingga Ramadan, minggu depan.
Katanya, semakan akan dibuat dengan pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bagi mengenal pasti jumlah mangsa banjir yang dijangka akan terus berada di PPS sehingga tiba Ramadan.
"Kita juga akan pastikan keperluan mereka disantuni antaranya memastikan persiapan majlis berbuka puasa, persiapan persekolahan anak-anak dan sebagainya.
"Selain itu, kita juga akan sediakan ruang solat yang selesa bagi mengerjakan solat fardu dan solat tarawih,” katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.