Edar aiskrim percuma, ringan beban orang ramai
Iklan
Mohd Maliki (empat dari kiri) bersama orang ramai yang menikmati aiskrim percuma di kedainya di hadapan SMK Bukit Jawa, Selising, Pasir Puteh.
PASIR PUTEH - Seorang usahawan muda dari Selising di sini, mengagihkan aiskrim secara percuma sebagai 'pembasah' tekak di musim panas yang mula melanda ketika ini.
Mohd Maliki Mohd Noh, 27, yang merupakan pengusaha HashCream berkata, setiap hari sebanyak 100 kon aiskrim pelbagai perisa akan diagihkan kepada penduduk setempat dalam tempoh lima hari bermula Ahad hingga Khamis.
Iklan
Iklan
"Saya akui, peningkatan kos sara hidup, menyebabkan ada segelintir penduduk terpaksa berjimat dalam berbelanja.
"Harga satu kon aiskrim sekarang paling murah RM1 dan ke atas.
Iklan
"Disebabkan itu sempena cuti sekolah saya mengambil peluang ini dengan memberikan aiskrim percuma.
"Orang ramai boleh datang ke kedai saya di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jawa dan memilih pelbagai perisa yang mereka inginkan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Iklan
Menurut beliau, aiskrim tersebut dihasilkan sendiri dan menampilkan 13 perisa seperti vanila, coklat, biskut krim, vanila cip, coklat cip strawberi, dan banyak lagi.
Ujarnya, rasa manis, dingin aiskrim itu diharap dapat 'menyejukkan' mereka yang menikmatinya pada musim panas ini.
"Saya harap orang ramai dapat menggunakan peluang ini untuk menikmati kudapan yang digemari semua peringkat umur tersebut," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah'"><meta itemprop="description" content=""Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah. Biar terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, kami sanggup daripada meredah hutan dalam kegelapan."
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SesiPersekolahan #Keretaapi #Kelantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-11T09:29:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Zot381fOss2ed4rQn/x120"><meta itemprop="duration" content="P217S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xjjyg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xjjyg"></script>