Armada Bersatu dakwa sumbangan RM5 juta adalah sah

Iklan
Wan Ahmad Fayshal

SHAH ALAM - Sumbangan sebanyak RM5 juta daripada Bukhari Equity Sdn Bhd merupakan pendanaan yang sah, kata Ketua Armada Bersatu Nasional, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.

Justeru, beliau mendakwa bahawa pertuduhan yang dikenakan terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pendanaan tersebut mempunyai motif penganiayaan politik.

Iklan
Iklan

Muhyiddin didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 87(1).

Pendakwaan yang dikenakan itu adalah berdasarkan pertuduhan menerima dana RM5 juta daripada Bukhari Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank milik Bersatu.

Iklan

Muhyiddin sebelum ini didakwa dengan pelbagai pertuduhan kerana rasuah dan pengubahan wang haram di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur.

Dia didakwa atas empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta serta dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.

Iklan

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 dan AMLATFPUAA 2001.