Banjir Johor: Lebih 40,000 mangsa berlindung di 139 PPS
Iklan
Anggota polis memantau kawasan sekitar di Yong Peng yang dilanda banjir. - Foto APM Batu Pahat
JOHOR BAHRU - Seramai 40,847 mangsa banjir daripada 11,496 keluarga di Johor masih berada di 139 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 pagi Isnin.
Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, berlaku peningkatan terhadap jumlah mangsa banjir di negeri ini tetapi setakat ini tidak ada PPS baharu yang dibuka.
Iklan
Iklan
Menurutnya, empat daerah melibatkan Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Segamat masih lagi terjejas akibat banjir.
"Daerah Batu Pahat mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 39,256 mangsa banjir yang ditempatkan di 112 PPS di daerah berkenaan, Muar (781 mangsa banjir di 10 PPS), Tangkak (576 mangsa banjir di lapan PPS) dan Segamat (234 mangsa banjir di sembilan PPS) ketika ini,” katanya.
Iklan
Tambah Azmi, tiada amaran ribut petir serta hujan berterusan yang dikeluarkan pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi seluruh negeri Johor.
Sementara itu, Azmi berkata, paras air di lima sungai melibatkan Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar dan Empangan Bekok, Sungai Simpang Kiri di Sri Medan, Sungai Simpang Kiri di Parit Sulong dan Sungai Senggarang masih berada pada aras bahaya.
Iklan
Katanya, bagi daerah Muar, Sungai Muar di Bukit Kepong berada pada aras 3.75 meter (m) manakala di Batu Pahat, Empangan Bekok berada pada aras 19.47m, Sungai Simpang Kiri di Sri Medan (2.40m), Sungai Simpang Kiri di Parit Sulong (2.05m) dan Sungai Senggarang, Senggaran (3.63m).
"Selain itu, sebanyak 17 jalan masih ditutup di Segamat, Tangkak, Muar, Mersing, Kulai, Kluang dan Batu Pahat.
"Bagaimanapun, 10 jalan telah dibuka namun hanya untuk laluan kenderaan berat,” katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.