Banjir: Kerajaan Johor zahir penghargaan kepada PM
Iklan
Anwar ketika hadir bagi melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kampung Tengah pada Ahad. - Foto Bernama
SEGAMAT - Kerajaan Johor menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turun padang meninjau situasi banjir di Johor dan atas komitmen beliau dalam membantu negeri itu, dalam aspek peruntukan dan projek berkaitan banjir.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, komitmen berkenaan termasuk meluluskan peruntukan segera sebanyak RM50 juta untuk sebarang keperluan banjir di Johor, tambahan kepada peruntukan RM10 juta yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.
Iklan
Iklan
"Perdana Menteri juga mengulangi pendirian beliau untuk mempercepatkan tender Rancangan Tebatan Banjir di Johor dan mempertimbangkan permohonan peruntukan untuk kerosakan jalan, kemusnahan tanaman, ternakan dan sebagainya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook di sini pada Ahad.
Ahli Dewan Undangan Negeri Machap itu berkata, penghargaan itu juga dizahirkan atas keputusan Perdana Menteri dalam penambahan segera aset dan pegawai di bawah kerajaan Persekutuan, selain komitmen untuk membantu kerja-kerja pascabanjir.
Iklan
Beliau turut berterima kasih pada Perdana Menteri yang sudi menyantuni mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Gemereh dan PPS SJK(C) Kg Tengah pada Ahad, selain menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.
Menteri Besar berkata, Anwar turut menyeru rakyat Johor supaya mendengar arahan pihak berkuasa dan terus saling bantu membantu, dalam mendepani bencana berkenaan.
Terdahulu, Anwar meluangkan masa mendengar taklimat mengenai situasi banjir di negeri itu di Rejimen-4, Artileri Diraja Kem Segamat sebelum melawat dua PPS tersebut.
Jumlah mangsa di Johor meningkat kepada 46,742 orang setakat 2 petang ini, berbanding 44,860 orang yang direkodkan pada 8 pagi Ahad, dengan Batu Pahat menjadi daerah paling teruk terjejas. - Bernama
Iklan
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.