Penduduk terkilan gagal selamatkan barang berharga
Iklan
Keadaan rumah penduduk yang dinaiki air di Kampun Parit Yani pada Sabtu(Gambar kecild dari kiri :.Muhamma Helmi,Maizatul Izwani dan Fuad)
BATU PAHAT - Penduduk Kampung Parit Yaani meluahkan perasaan terkilan apabila mereka gagal menyelamatkan beberapa barangan berharga sejak rumah mereka dinaiki air pada Jumaat.
Seorang penduduk yang ditemui, Muhamma Helmi Ashraf Mazlan, 18, berkata, hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan air Sungai Terusan di kampung berkenaan melimpah dan mengakibatkan banjir.
Iklan
Iklan
Menurutnya, dia yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) SK Seri Telok cuba untuk menyelamatkan barangan berharga di rumahnya itu namun gagal kerana air naik agak cepat dan tinggi.
"Rumah saya turut terjejas sebab banjir dan paras air pun tinggi selain arusnya deras. Jadi kami terpaksa berpindah ke SK Seri Telok.
Iklan
Luahan sama turut disuarakan adiknya, Maizatul Izwani,16, yang turut terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan beberapa barangan berharga miliknya di rumahnya itu.
Malah katanya, dia reda dengan perkara tersebut dan tidak berani untuk mengambil risiko memandangkan arus deras dan aras air semakin naik di sekitar kawasan berkenaan.
Iklan
"Rumah saya dinaiki air lebih satu meter dan air naik makin tinggi, jadi memang tak dapatlah nak barangan dalam rumah termasuk televisyen dan peralatan-peralatan lain.
"Apa pun kami terpaksa tunggu hingga banjir surut dahulu untuk kembali semula ke rumah," katanya
Sementara itu, Fuad Jamal, 35, menasihatkan orang ramai yang tidak mempunyai tujuan dinasihatkan untuk kekal berada di rumah masing-masing selain mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah ke mana-mana PPS.
Selain itu, katanya, dalam situasi sekarang orang ramai juga perlu saling bantu membantu antara satu sama lain.
"Kalau tengok air dah mula naik sejak pagi dan arus makin deras petang ni.
"Beberapa rumah di sini pun dah tenggelam..di jalan raya sahaja air dah naik lebih dua meter rasanya. Jadi kita perlu berwaspada dan berhati-hati untuk berpindah bila-bila masa," katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.