Lima masjid di Sri Gading akan dijadikan PPS
Iklan
Aminolhuda
BATU PAHAT - Lima masjid di kawasan Parlimen Sri Gading disenaraikan untuk dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan penduduk yang terjejas banjir.
Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan berkata, ia bagi membantu menampung jumlah peningkatan mangsa banjir khususnya di sekitar Parlimen Sri Gading ketika ini.
Iklan
Iklan
"Saya dah hubungi pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk benarkan penggunaan masjid ini dan daripada perbincangan kami, Mufti (Datuk Yahya Ahmad), telah benarkan penggunaan masjid di kariah ini.
"Oleh itu saya senaraikan lima masjid lagi jika penduduk nak pindah. Mufti kata, jawatankuasa masjid boleh sediakan makanan dan boleh 'claim' kemudian dengan pejabat kadi selepas banjir nanti,” katanya pada Sabtu.
Iklan
Aminolhuda berkata demikian sempena kehadiran Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub ke tiga PPS di kawasan Parlimen Sri Gading melibatkan PPS di SK Sri Binjai di Pekan Tongkang Pecah dan SK Seri Telok, Jalan Kampung Parit Banyu Mas, Yong Peng.
Sementara itu, Aminolhuda berharap lima masjid yang disenaraikan itu dapat membantu menempatkan jumlah mangsa banjir yang semakin meningkat.
Iklan
Malah katanya, perkara berkenaan dilihat sebagai satu lagi jalan penyelesaian terutama bagi membantu mereka yang tidak ada penempatan selesa, jika PPS di sekolah, telah penuh.
"Contohnya di SK Telok Baru, sebelum ini dilaporkan hanya ada 400 mangsa banjir daripada 90 keluarga.
"Sekarang ini pula dah ada 264 keluarga yang berpindah ke PPS di sekolah berkenaan, jadi rasanya memang ada berlaku peningkatan jumlah mangsa banjir secara mendadak ketika hujan lebat yang berterusan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>