Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun
Iklan
Petugas di Sekolah Agama Sri Tengah 1, Kluang mengemaskini peralatan yang disediakan di PPS berkenaan yang ditutup pada Jumaat.
JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di Johor terus mencatatkan penurunan apabila merekodkan seramai 3,676 mangsa daripada 1,020 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah terjejas setakat jam 2 petang Jumaat.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) melaporkan penurunan jumlah mangsa banjir itu turut menyaksikan enam lagi PPS ditutup setakat ini.
Iklan
Iklan
"Penutupan berkenaan melibatkan Dewan Kampung Baru Sungai Mas, Dewan Muafakat Taman Desaru Utama dan SK Bandar Penawar bagi daerah Kota Tinggi, Dewan SMK Sultan Abdul Jalil dan Sekolah Agama Sri Tengah bagi daerah Kluang serta Dewan Serbaguna Pekan Air Panas di daerah Segamat.
"Penutupan berkenaan menjadikan hanya 41 PPS yang masih beroperasi di tujuh daerah yang terjejas akibat banjir seperti di Segamat, Mersing, Kota Tinggi, Pontian, Kluang, Batu Pahat, Muar dan Tangkak,” menurut laporan berkenaan.
Iklan
Tangkak merupakan daerah terbaharu yang dilanda banjir pada Jumaat dan satu PPS telah diaktifkan di Balai Raya Kampung Durian Chondong bagi menempatkan 15 mangsa banjir daripada tiga keluarga dari Kampung Pengkalan Kota.
Sementara itu, laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran menunjukkan lima sungai di empat daerah mencatatkan paras bahaya melibatkan Sungai Muar di Segamat, Sungai Batu Pahat (Segamat), Sungai Muar (Bukit Kepong), Sungai Endau (Mersing) dan Sungai Endau (Kluang).
Iklan
"Sungai Muar di Segamat berada pada aras 19.06 meter, Sungai Batu Pahat di Segamat (6.35 meter) Sungai Muar di Bukit Kepong (3.35 meter), Sungai Endau di Mersing (2.79 meter), dan Sungai Endau di Kluang, (15.36 meter).
"Setakat ini juga tiada amaran ribut petir dikeluarkan oleh pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), namun hujan berterusan diramalkan berlaku di Johor melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.