3 keluarga di Kampung Paya Merah Lama dipindah ke PPS
Iklan
Anggota bomba membawa keluar mangsa banjir dari Kampung Paya Merah Lama.
LABIS – Seramai 15 penduduk melibatkan tiga keluarga di Kampung Paya Merah Lama di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di dewan kampung berkenaan dengan bantuan pihak bomba, susulan banjir kilat pada Selasa.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan 1, Sharfini Nasar, mangsa melibatkan tiga lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa, tiga dewasa dan lapan kanak-kanak.
Iklan
Iklan
"Sekitar 9.22 pagi Selasa, satu jentera FRT (Fire Rescue Tender) dan satu EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) dengan lapan anggota bomba telah digerakkan ke Kampung Paya Merah Lama bagi membuat pemantauan situasi banjir kilat di kawasan berkenaan.
"Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudiannya berjaya memindahkan kesemua mangsa dari Kampung Paya Merah Lama ke PSS di sini.
Iklan
"Operasi ditamatkan pada 11 pagi setelah kesemua mangsa berjaya dipindahkan dengan selamat,” katanya pada Selasa.
Warga emas dan kanak-kanak merupakan sebahagian mangsa yang diselamatkan pihak bomba di Kampung Paya Merah Lama.
Setakat ini sebanyak tiga PPS dibuka secara rasmi susulan banjir kilat di sekitar Labis.
Iklan
PPS terlibat adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang, Dewan Kolam Air panas dan Kampung Paya Merah.
Sementara itu, lapan bayi dan 16 orang kurang upaya (OKU) antara 413 mangsa banjir daripada 119 keluarga yang ditempatkan di PPS SK Kampung Tenang di sini pada Selasa selepas kampung mereka ditenggelami air.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>