[VIDEO] 'Sedekah' pilihan raya kepada pengundi tetap rasuah

Iklan
Azam Baki

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat apa sahaja bentuk kes rasuah berdasarkan peruntukan undang-undang, bukannya tertakluk kepada pemahaman peribadi.

Memetik laporan The Star, Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, rasuah adalah rasuah, tidak kira bagaimana seseorang itu memilih untuk menggambarkannya kerana undang-undang jelas mentakrifkan apa yang dimaksudkan dengan pembelian undi.

Iklan
Iklan

"Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 adalah sangat jelas dan apa jua istilah awam digunakan mempertahankan hujah adalah tafsiran peribadi semata-mata.

Azam menegaskan bahawa Seksyen 10 (a) mentakrifkan secara terperinci perbuatan rasuah sebelum, semasa dan selepas pilihan raya yang dilakukan secara langsung atau tidak langsung oleh calon sendiri atau oleh wakil bagi pihaknya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, berkenaan petisyen difailkan UMNO Terengganu bagi membatalkan keputusan PRU15 di tiga kawasan Parlimen di negeri Pantai Timur itu.

Hadi berkata, mereka yang dirakam dalam video menyerahkan wang tunai kepada pengundi hanyalah melakukan kerja amal.

Iklan

Ahli Parlimen Marang itu, berkata undang-undang pilihan raya menetapkan hanya calon dan ejen mereka dilarang memberi wang tunai.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Hanya mahkamah boleh tentukan sedekah atau rasuah'

ARTIKEL BERKAITAN: 'Sedekah' pilihan raya kepada pengundi tetap rasuah

ARTIKEL BERKAITAN: Budaya derma sudah jadi darah daging Pas - Razman

ARTIKEL BERKAITAN: Pas tak pernah amal politik wang, sogok rasuah

ARTIKEL BERKAITAN: Mungkin Hadi dah jumpa dalil halalkan cara - Veteran UMNO

ARTIKEL BERKAITAN: PRU15: Isham mahu Hamzah jelas niat PN beri duit