Ketua pendakwaan kes 1MDB, Sri Ram dimasukkan ke ICU

Iklan
Gopal Sri Ram

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram dilaporkan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta pada Rabu.

Beliau yang juga ketua pendakwaan bagi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak menerima rawatan di hospital kerana jangkitan paru-paru.

Iklan
Iklan

Menurut sumber yang dihubungi media menerusi aplikasi WhatsApp, beliau mengesahkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang berusia 79 tahun itu berada di hospital.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Iklan

Pada 23 November tahun lalu, semasa prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB, pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa pemeriksaan utama membabitkan saksi utama kes akan dikendalikan oleh Sri Ram.

Bagaimanapun, mahkamah dimaklumkan Sri Ram sedang bercuti tiga hari kerana demam.

Iklan

Sejurus itu, Sri Ram kembali bertugas seperti biasa dan hadir di mahkamah untuk prosiding-prosiding kes di mahkamah lain.