Kembar seiras teruja khatan bersama
Iklan
Dua beradik kembar disuapkan pulut semangat oleh Salahhuddin sambil diperhatikan oleh ayah dan adik mereka.
TUMPAT - Dua beradik kembar seiras teruja apabila dikhatankan beramai-ramai pada program Khatan Perdana Dun Pasir Pekan.
Lebih menyeronokkan kembar berusia 10 tahun itu, Mohd Zikrillah Mohd Syukri dan Mohd Zikrullah Mohd Syukri apabila adik mereka, Mohammad, 8, turut sama berkhatan.
Ayahnya, Mohd Syukri Mohd Zain, 46, berkata, tiga anaknya teruja kerana berpeluang merasai pengalaman berkhatan beramai-ramai.
"Hilang perasan takut dua beradik kembar bersama adiknya apabila datang berkhatan di sini.
"Sebabnya meriah, ada mandi air pancutan dari bomba dan disuapkan pula pulut semangat ramai-ramai,” katanya dari Kampung Kutan.
Menurutnya, ia juga meringankan bebanan ibu bapa kerana berkhatan di sini adalah percuma sedangkan kos berkhatan ini lebih RM100 untuk seorang anak.
Sementara itu, Pengarah Pusat Khidmat DUN pasir pekan, Salahhuddin Che Husin berkata, seramai 145 kanak-kanak di Dun Pasir Pekan berkhatan di Wisma Ibadurrahman.
"Khatan ini adalah percuma untuk anak-anak yang akan melangkah ke alam dewasa.
"Pihak kami menyediakan khidmat doktor dan pembantu seramai 12 orang untuk melancarkan program Khatan perdana ini,” katanya.
Menurutnya, ini adalah acara tradisi di sini yang diadakan setiap tahun dan persiapan majlis ini diadakan sejak dua bulan lalu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah'"><meta itemprop="description" content=""Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah. Biar terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, kami sanggup daripada meredah hutan dalam kegelapan."
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SesiPersekolahan #Keretaapi #Kelantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-11T09:29:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Zot381fOss2ed4rQn/x120"><meta itemprop="duration" content="P217S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xjjyg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xjjyg"></script>