50 individu beragama Islam ditahan minum arak
Iklan
KUALA LUMPUR - Seramai 50 individu beragama Islam ditahan membabitkan kesalahan berkaitan minuman keras dalam serbuan ke atas sembilan kelab malam di sekitar ibu negara, di sini pada Khamis.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, operasi itu dijalankan dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Jabatan Pendaftaran Negara(JPN), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) serta Polis DiRaja Malaysia (PDRM).