Risiko banjir kilat di Sabah dalam tempoh 12 jam

Iklan
JPS mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam ini di lebih 20 kawasan di lima daerah di Sabah. - Gambar hiasan

KOTA KINABALU - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam ini di lebih 20 kawasan di lima daerah di Sabah sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan terus berlaku.

Menurut JPS, daerah terlibat adalah Kota Marudu, Kudat, Pitas, Sandakan dan Paitan, berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS.

Iklan
Iklan

Lokasi 'hotspot' berisiko banjir bagi Kota Marudu adalah Kampung Ongkilian, Kampung Parong, Kampung Rakit, Kampung Popok Laut, Kampung Papar, Kampung Damai, Kampung Kuranji, Kampung Tarangkapas, Kampung Rasak Laut, Kampung Garuda, Kampung Longob, Kampung Masolog, Kampung Rasak Darat dan kawasan sekitarnya.

Di Kudat pula membabitkan Kampung Andab Jawa, Kampung Korina, Kampung Naradang dan kawasan sekitar.

Iklan

Bagi Pitas, kawasan berisiko Kampung Pitas, Kampung Kusilad, Kampung Sinsilog, Kampung Kelumpang, Kampung Kalipuon, Kampung Komiri, Kampung Andab, Kampung Barasan, Kampung Tambilidon, Kampung Sinasak, Kampung Rukom Laut, Kampung Kanibongan, Kampung Indah, Kampung Boribi dan kawasan sekitarnya.

Di Sandakan kawasan berisiko banjir kilat adalah Kampung Gum Gum Batu 16 dan sekitarnya, manakala di Paitan melibatkan Kampung Sungai-Sungai dan sekitarnya.

Iklan

Notis itu dikeluarkan pada jam 3.15 petang untuk membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut. - Bernama