Hak keistimewaan Melayu, bumiputera dipertahankan - PM

Iklan
Anwar - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian Kerajaan Perpaduan Malaysia yang diterajuinya akan mempertahankan hak keistimewaan kaum Melayu dan bumiputera.

Bagaimanapun katanya, kerajaan dalam masa sama juga akan terus membela nasib kaum lain termasuk Cina; India; etnik Sabah; Sarawak serta Orang Asli dan minoriti lain di Malaysia.

Iklan
Iklan

"Kedaulatan Raja-raja Melayu kekal terpelihara. Hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputera tetap dipertahan sambil terus membela nasib kaum Cina dan India dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Iklan

Menurutnya, menjadi iltizam kerajaan pimpinannya untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat khususnya dalam menyelesaikan isu utama negara.

Menyentuh mengenai pembentukan Kerajaan Perpaduan Malaysia, Anwar berkata, persefahaman erat yang dimeterai antara gabungan parti politik utama dan perwakilan minoriti lain telah membentuk sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil.

Iklan

"Kerajaan ini terbina atas nama rakyat merentasi kaum dan agama, wilayah dan daerah mahupun ideologi dan pendekatan. Saya juga ingin ditegaskan bahawa, keabsahan Kerajaan Perpaduan ini tidak perlu disangkal lagi,” katanya.

Ujarnya, meskipun wujud jalur politik berbeza, namun pembentukan Kerajaan Perpaduan yang stabil telah menjadi asas yang diperlukan bagi memacu sebuah pembaharuan yang berma