Tapak perkhemahan di Johor ditutup sementara
Iklan
K Raven Kumar. - Foto MIC
JOHOR BAHRU - Kesemua kawasan perkhemahan melibatkan kawasan tanah tinggi, pinggir sungai dan laut di negeri bakal ditutup buat sementara susulan keadaan cuaca tidak menentu.
Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K Raven Kumar berkata, penutupan berkenaan dibuat dalam usaha memastikan keselamatan di semua tapak perkhemahan berkenaan terjamin.
Iklan
Iklan
"Semua tapak perkhemahan ini akan diarahkan untuk tutup buat sementara waktu.
"Lagi pun, penutupan ini kita buat berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Iklan
Raven Kumar berkata demikian bagi mengulas berhubung insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan awam berhampiran Father Organic Farm, Batang Kali di sini pada awal pagi Jumaat lalu.
Mengulas berhubung kerja-kerja pemantauan terhadap cerun-cerun di tanah tinggi di negeri ini, Raven Kumar berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat pada Isnin sebelum mengumumkan sebarang keputusan kelak.
Iklan
"Isnin ini, kita akan adakan mesyuarat mengenai perkara ini dan sebarang perkara (keputusan) kita akan umumkan kelak,"
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>