Saifulbahri sukar lupa tugasan bersihkan Sungai Kim Kim
Iklan
Saifulbahri
JOHOR BAHRU - Sepanjang tempoh 20 tahun perkhidmatannya dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), tugasan pembersihan atau ‘nyah cemar’ pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim pada Mac 2019 lalu merupakan tugasan yang paling sukar untuk dilupakan Pegawai Kanan Penguasa Bomba (PKPgB), Saifulbahri Safar.
Menurut Saifulbahri, 42, yang juga pakar bagi unit khas JPBM Hazardous Material Unit Team (Hazmat) bagi JPBM Johor Zon Selatan, tugasan berkenaan disifatkannya sungguh mencabar kerana pasukannya perlu memastikan pencemaran berlaku di kawasan berkenaan tidak melebihi 21 hari.
Iklan
Iklan
"Saya masih ingat, ketika itu keadaan (pencemaran) di Sungai Kim Kim sudah berlarutan selama 14 hari dan tugas saya ketika itu selaku Komander Kanan Hazmat adalah untuk mengatasi pencemaran berlaku secepat mungkin.
"Saya berada di lokasi selama tiga minggu sehelai sepinggang dan bersama anggota-anggota Hazmat yang lain, kami terus bertugas bagi memastikan pencemaran di Sungai Kim Kim tidak merebak.
Iklan
"Ketika itu kami hanya mengharapkan bantuan daripada pasukan Hazmat Bomba Johor dan negeri-negeri lain seperti Kedah, Selangor, Kelantan dan Melaka...misi utama ketika itu adalah untuk mengkaji bagaimana memendekkan masa bagi menangani kes pencemaran tersebut,” katanya.
Saifulbahri berkata demikian selepas dianugerahkan Pingat Cemerlang Bomba (PCB) sempena Majlis Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Bomba Tahun 2020 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor di Ibu Pejabat JPBM, Johor pada Selasa.
Iklan
Menurut bapa kepada tiga anak itu lagi, dia menerima anugerah PCB berkenaan buat kali kedua kali ini setelah menerimanya buat kali pertama pada 2016 lalu ketika berkhidmat selaku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Nanas.
Mengulas mengenai penglibatannya dengan pasukan Hazmat, Saifulbahri berkata, dia mula diberikan peluang untuk menyertai unit berkenaan ketika bertugas di Kerteh, Terengganu sebelum ini.
"Saya mengaku memang ‘jatuh cinta’ dengan unit ini. Walaupun tidak ada memiliki latar belakang dalam bidang sains atau kimia sebelum ini.
"Terima kasih kepada semua pihak, anugerah yang diterima kali ini saya hadiahkan buat isteri sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-14 pada 18 Disember ini,” katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.