Selangor tegas isu pesta ria tiada kelulusan PBT

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin. Sze Han (gambar kanan).

Sebarang pengoperasian taman tema yang masih berjalan tanpa kelulusan PBT mesti dihentikan serta merta.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor tidak berkompromi terhadap mana-mana operator permainan pesta ria (funfair) di negeri ini yang tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Negeri Selangor, Ng Sze Han berkata, amaran tegas diberikan kepada pihak terbabit kerana ia melibatkan soal keselamatan orang awam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebarang pengoperasian taman tema yang masih berjalan tanpa kelulusan PBT mesti dihentikan serta merta.

Sebelum ini, dua beradik tercedera selepas terjatuh daripada permainan 'Sotong Ride' di pesta ria pada Isnin.

Iklan

Selain dua beradik, seorang pengunjung yang menyaksikan aktiviti permainan itu turut cedera dalam kejadian terbabit.

Sze Han dalam kenyataan sama memberitahu, kerajaan Selangor mengambil maklum kejadian kemalangan di pesta ria terbabit.

Iklan

"Kerajaan negeri sangat berdukacita dengan kejadian tersebut yang mengakibatkan kecederaan tiga mangsa," jelas beliau.

Tegas beliau, pengoperasian pesta ria itu tidak mendapat sebarang kelulusan pihak Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS)

"Tindakan penguatkuasaan telah pun diambil pihak MPKS termasuk mengenakan kompaun dan menyita tempat

kejadian," ujarnya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, keluarga dua beradik yang terjatuh daripada permainan pesta ria 'Sotong Ride' berhasrat mengambil tindakan undang-undang.

Dalam kejadian pada malam Isnin itu, Noraziera Zulkiffle, 31, dan adiknya, Shahfaraz Aiefan Zulkiffle, 11, mengalami kecederaan selepas terjatuh daripada permainan berkenaan di Puncak Alam pada Isnin.