KUALA LUMPUR - Polis menahan 17 individu bagi membantu siasatan insiden pergaduhan di kawasan Flat Lembah Jaya, Ampang Jaya, dekat sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian di Jalan 3, Lembah Jaya Utara itu pada jam 2.07 pagi.
"Namun, terdapat sekumpulan orang awam berkumpul di lokasi dan bertindak menahan 17 individu bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Khairul Anuar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan semua yang ditahan direman antara dua hingga ke tiga hari.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.
Terdahulu tular dua video di media sosial memaparkan sekumpulan individu berkumpul di kawasan tempat letak kereta flat berkenaan. - Bernama