[VIDEO] 'Ada enggan pindah ke PPS sebab sayang tinggalkan harta'
Iklan
Mangsa-mangsa banjir dari Kampung Serongga yang berpindah ke PPS.
PASIR MAS - Ada segelintir mangsa terjejas banjir di daerah Rantau Panjang dan Pasir Mas di negeri ini enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana sayang tinggalkan harta benda di kediaman masing-masing.
Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah mengakui perkara itu mengakibatkan usaha pasukan penyelamat berdepan kesukaran bagi memindahkan mereka ke kawasan selamat.
Iklan
Iklan
"Penduduk di beberapa tempat tidak mahu berpindah kerana menganggap banjir belum besar dan masih ingin berada di rumah.
"Walaupun begitu, keadaan dapat diatasi apabila berjaya dipujuk manakala yang masih kekal di rumah kerana alasan sayang harta benda, berada dalam keadaan terkawal,” katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Repek di sini pada Isnin.
Iklan
Nik Aminuddin seterusnya menasihati mangsa banjir supaya segera berpindah ke PPS walaupun rumah digenangi air pada paras rendah sebagai langkah keselamatan awal.
Nik Aminuddin (kiri) melawat mangsa banjir, Ibrahim Zaman yang berkerusi roda di PPS Kampung Serongga, Pasir Mas.
Beliau turut memberi jaminan pihaknya sentiasa menjalankan rondaan di lokasi yang dinaiki air bagi memastikan keadaan keselamatan harta benda penduduk terjamin.
Iklan
"Kerja-kerja menyelamat mangsa banjir dilakukan dengan kekuatan 170 anggota pasukan keselamatan termasuk menggunakan lapan bot Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Setakat ini, belum ada apa-apa laporan berkait lemas kerana banjir mahupun kecurian dalam bencana ini,” katanya.
Setakat jam 12.56 tengah hari, seramai 1,626 mangsa melibatkan 504 keluarga daripada 10 kampung di kedua-dua daerah itu ditempatkan di enam PPS apabila kawasan mereka dinaiki banjir sedalam 0.2 meter (m) sehingga 0.8m.
"Kampung-kampung terbabit ialah Kampung Banggol Kulim, Kampung Tersang, Kampung Pengkalan Jeroh, Kampung To’Deh, Kampung Bakong, Kubang Pak Hitam, Kampung Tebakang, Kampung Serongga, Kampung Gelang Mas dan Kampung Jambu.
"Jalan di kampung-kampung tersebut juga ditutup kepada kenderaan ringan dan keadaan semasa cuaca semakin pulih dengan paras Sungai Golok menunjukkan penurunan kepada 9.53m berbanding 9.66m pada semalam,” katanya.
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.